Terma Perkhidmatan
Kemas kini terakhir: 24 September 2026
1. Penerimaan Terma
Dengan mendaftar dan menggunakan KiraBot ("Perkhidmatan"), anda bersetuju untuk terikat dengan Terma Perkhidmatan ini. Sekiranya anda tidak bersetuju, sila hentikan penggunaan Perkhidmatan.
2. Penerangan Perkhidmatan
KiraBot ialah perkhidmatan automasi pengurusan resit dan cashflow bisnes melalui bot Telegram dan dashboard web. Pengguna menghantar gambar resit melalui Telegram; sistem mengekstrak data (vendor, jumlah, kategori, tarikh) menggunakan perkhidmatan kecerdasan buatan pihak ketiga, dan pengguna mengesahkan jenis transaksi (masuk/keluar) secara manual.
3. Akaun dan Pendaftaran
Anda bertanggungjawab memastikan maklumat pendaftaran company dan pengguna adalah tepat. Akses dashboard dikawal melalui pengesahan OTP tanpa password, dihantar ke chat Telegram company yang disambungkan.
4. Pelan Langganan dan Bayaran
Perkhidmatan ditawarkan mengikut pelan langganan bulanan (SOLO, TEAM/GROWTH, ENTERPRISE, atau Custom) dengan had transaksi bulanan masing-masing. Bayaran diproses melalui gateway pembayaran pihak ketiga yang menyokong FPX dan DuitNow QR. Langganan diperbaharui secara automatik setiap bulan melainkan dibatalkan.
5. Had Penggunaan dan Fair Use
Setiap pelan tertakluk kepada had transaksi bulanan. Company yang mencapai had akan diberi notis dan tidak boleh menghantar resit tambahan sehingga had direset pada 1hb bulan berikutnya, atau company menaik taraf pelan.
6. Ketepatan Data Ekstrak
Data yang diekstrak daripada gambar resit menggunakan kecerdasan buatan adalah untuk memudahkan rekod dan tidak dijamin 100% tepat. Pengguna bertanggungjawab menyemak dan membetulkan data transaksi di dashboard sebelum digunakan untuk tujuan perakaunan atau percukaian rasmi.
7. Penamatan
KiraBot berhak menggantung atau menamatkan akaun yang melanggar terma ini, termasuk penyalahgunaan sistem atau ketidakbayaran langganan selepas tempoh grace period.
8. Hubungi Kami
Sebarang pertanyaan berkaitan terma ini, sila hubungi hello@kira-bot.com.