KiraBot

Dasar Privasi & Notis PDPA

Kemas kini terakhir: 24 September 2026

1. Notis PDPA

Notis ini dikeluarkan selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA) Malaysia. KiraBot ("kami") mengumpul dan memproses data peribadi berkaitan pengguna dan company yang mendaftar untuk Perkhidmatan.

2. Data Yang Dikumpul

  • Maklumat pendaftaran: nama, nombor telefon, email, nama company
  • Chat ID Telegram yang disambungkan untuk penghantaran OTP dan resit
  • Gambar resit/invois dan data transaksi yang diekstrak (vendor, jumlah, tarikh, kategori)
  • Maklumat pembayaran langganan (diproses oleh gateway pembayaran pihak ketiga — kami tidak menyimpan nombor kad/bank penuh)
  • Log audit tindakan pentadbir untuk tujuan keselamatan dan penyelesaian pertikaian

3. Tujuan Pemprosesan

Data digunakan untuk menyediakan Perkhidmatan (ekstrak dan rekod transaksi), pengesahan identiti (OTP), pengurusan langganan dan bayaran, sokongan pelanggan, dan penambahbaikan sistem.

4. Perkongsian Data Pihak Ketiga

Gambar resit dihantar ke perkhidmatan kecerdasan buatan pihak ketiga (Google Gemini) semata-mata untuk ekstraksi data. Maklumat pembayaran diproses oleh gateway pembayaran berlesen Malaysia. Kami tidak menjual data peribadi kepada mana-mana pihak ketiga untuk tujuan pemasaran.

5. Tempoh Penyimpanan Data

Gambar resit dan data transaksi disimpan aktif selama 12 bulan dari tarikh transaksi, dan diarkibkan selepas itu untuk tujuan rekod sejarah/audit. Data akaun dan company disimpan sepanjang tempoh langganan aktif, dan dipadam mengikut permintaan bertulis selepas pembatalan akaun, tertakluk kepada keperluan simpanan rekod di bawah undang-undang percukaian Malaysia.

6. Hak Anda

Di bawah PDPA, anda berhak untuk mengakses, membetulkan, atau meminta pemadaman data peribadi anda, serta menarik balik persetujuan pemprosesan (tertakluk kepada keperluan operasi/undang-undang). Hubungi kami untuk membuat permintaan sedemikian.

7. Keselamatan Data

Kami menggunakan langkah keselamatan yang munasabah (enkripsi dalam transit, kawalan akses berasaskan peranan, isolasi data antara company) untuk melindungi data peribadi daripada akses tanpa kebenaran.

8. Hubungi Kami

Untuk sebarang pertanyaan atau permintaan berkaitan data peribadi anda, sila hubungi hello@kira-bot.com.

← Kembali ke laman utama